His Ultimate Ecstasy!



Rakan Sepenjenayah



...Previous Craps...
· 8/1/10 - 9/1/10
· 9/1/10 - 10/1/10
· 10/1/10 - 11/1/10
· 11/1/10 - 12/1/10
· 6/1/11 - 7/1/11
· 7/1/11 - 8/1/11
· 8/1/11 - 9/1/11
· 9/1/11 - 10/1/11
· 10/1/11 - 11/1/11
· 1/1/12 - 2/1/12
· 2/1/12 - 3/1/12
· 3/1/12 - 4/1/12
· 4/1/12 - 5/1/12
· 5/1/12 - 6/1/12
· 6/1/12 - 7/1/12
· 7/1/12 - 8/1/12
· 8/1/12 - 9/1/12
· 9/1/12 - 10/1/12
· 10/1/12 - 11/1/12
· 11/1/12 - 12/1/12
· 12/1/12 - 1/1/13
· 1/1/13 - 2/1/13
· 2/1/13 - 3/1/13
· 5/1/13 - 6/1/13
· 7/1/13 - 8/1/13
· 8/1/13 - 9/1/13
· 2/1/14 - 3/1/14
· 3/1/14 - 4/1/14
· 5/1/14 - 6/1/14
· 6/1/14 - 7/1/14
· 8/1/14 - 9/1/14
· 11/1/14 - 12/1/14
· 12/1/14 - 1/1/15






Songwords | Jauh Ke Syurga
Thursday, January 31, 2013 @ 10:09 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

ya Allah 
kuatkanlah jari jemariku
agar dia rasa tenang
dengan setiap sentuhanku.

merdukanlah gelak tawaku
agar dia takkan sunyi
tiap kali berjauhan
ulang senda gurauku
dalam ingatan.

ku mohon padamu
ya Allah
tetapkanlah hasrat hatiku
bantuku bawakan bahagia
jalinkan jodohku dengannya
jauh ke syurga.

ya Allah
hiaskanlah paras rupaku ini
agar dia takkan jemu
tiap kali menatap wajahku.

warnakanlah hidup kami berdua
dengan tona sayang
walau ada salah faham
jangan biarnya dalam
pulih segera.

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Random | Ba Wau Kap Wau
@ 7:48 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

hai
aku bukannya ulat tahi bau buku
bagi aku baik beli baju
daripada beli buku
har har har harrrrrr
mintak maaf
ketawa tak sopan.

tapi aku respect manusia yang cinta buku
beli buku macam beli gula gula coklat sedap
ada bernafsu ibarat makanan
otak jadi geliga geligi luas pengetahuan
minda bijak semua benda jadi kreatif
dahlah muka cantik manis lemak berkrim
hebat kan mereka?

tapi kat sini aku nak show off sikit
haritu aku beli novel Licik
keluaran Fixi
best lah jugak
agak cincai dan mudah bahasanya
sangat santai
boleh dibaca di tepi pantai
aku habiskan baca buku tu 1.5 hari jer
cepatkan? tak pernah seumur hidup aku
guna gear lima sepanjang membacanya
lebih lebih lagi ada aksi ehem ehemm
lagi lah semangat berkobar aku baca
shazwan pun baca jugak wa cakap sama luuuuu
mihmihmihmihmihmihmihhhhhhh.

habis Licik, aku beli Suami
Fixi lagi
sebenarnya nak beli Mental
tapi entah kenapa tangan ni mental sangat
terbelok terambil Suami
dan sekarang aku menyesal
Suami bukannya tak best
storyline macam menarik 'aku tipuuuu!'
tapi bahasanya tak cool lah, monyet
mungkin sebab diadaptasi dari bahasa indon
tahap pembacaanku kembali sepantas kura kura
kura kura yang suka berpura pura sakura
kini bacaan aku terhenti di muka lapan puluh
walhal dah lima belas hari beli
kesian kau labuuuu.

terbaca satu tweet dari wani ardy
tunjuk cara nak beli buku ala ala Langit Vanilla
aku bukak link blog sang freud press
wawawawawawawawawawawawawawa
Seksi Ovari - himpunan puisi
Inkless, Its Allright, Still - koleksi puisi in English
Nakal Aloy Paradoks - novel
nak beli nak beli nak beli nak neli nak neli nak neli!
eh eh eh terpendek pulak lidah.

aku terasa bodoh dan hodoh sekali
kenapa baru sekarang terjumpa buku best
walhal dah lama buku tu in market.

terima kasih buat Cik Aezan Ashash
introduce kan Langit Vanilla kat aku
walaupun kita hanya kenalan di alam maya.

thank you jugak buat si tiga dara pingitan
Aishah, Liyana dan Einnnnnn
asyik huha huha huha pasal buku kat twitter
kau oranglah yang suntik ubat suka membaca
kat aku yang hanya tahu dan suka membeli baju
heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
mintak maaf sekali lagi
sebab gelak nampak gigi yang rongak
dan kurang putih.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
baik aku blah sekarang
sebelum aku mengarut dan mencarut
entah apa apa entah.

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Story | Episode 2 : Lulu, A Cat.
Monday, January 28, 2013 @ 11:39 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

telingaku menangkap sesuatu.
curi dengar perbualan tuanku.
di talian bersama seseorang.
namaku disebut beberapa kali.
sedang aku berkira kira, tuanku segera menangkapku.
disumbatnya aku segera ke dalam carrier.
"Lulu sayang, lets go to the saloon!".
yeayyyyy, teriakku di dalam hati.
aku memang suka pergi grooming.
from head to toe, segalanya dikemas rapi.
terasa amat gorgeous selepas disolek dan didandan.

*********************************************************************
satu jam berlalu.
tuanku akhirnya menjemputku.
ahhhhhhh tak sabarnya dah balik.
boleh lah berlagak diva.
di depan Jellybean yang busuk itu.
kihkihkihkihkihkihkihhh.
eh eh eh eh wait the minute.
lain benar arah tuju kereta ini.
aku hafal jalan ke rumah.
tapi ini arah ke destinasi lain.
where's the hell you guys taking me out???!!!
aku curiga meriga.

**********************************************************************
tiba di hadapan sebuah rumah banglo.
kelibat dua orang manusia kelihatan.
siap sedia menunggu kedatangan kami.
tuanku berjabat mesra.
sesekali ketawa mengilai macam kak ponti.
tidak semena mena aku akhirnya diserahkan kepada mereka.
tanpa sebarang penjelasan dan sepatah tujuh kata,
tuanku say goodbye to me and chiaooowwww!!
Shittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt.
they are leaving me here.
why oh whyyyyyy????

***********************************************************************
........ to be continued

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Story | Episode 1 : Lulu, A Cat.
Sunday, January 27, 2013 @ 10:33 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

penat.
bingit.
berbintang bintang sudah atas kepalaku ini.
cukuplah untuk malam ini.
aku nak balik.
harap harap tuanku menjumpaiku.
dan membawa masuk aku ke rumah.

***************************************************************

bangun pagi agak lewat hari ini.
tuanku semua sudah berambus pergi.
Agak malas untuk merayau mencari breakfast.
mahu tidur lagi selama yang boleh.
tapi niat tiba tiba terbantut.
bila tanganku terhenti ke bahagian perut sexyku.
lain macam saja,fikirku.
memang lain, tapi agak familiar.
macam pernah ku rasa sebelum ini.
jangan jangaaaannnn...........
arghhhh tak mungkin!

***************************************************************

seharian aku berteka teki sendirian.
hati mulai resah.
ini pasti angkara si pencat!
malam tadi aku buat apa ya?
menari nari sakan.
berlari larian tak ingat dunia.
ya, bersama si pencat.
letih, kami lepak sebentar di bawah pokok.
bulan dan jalanraya menjadi saksi.
si pencat hulurkan sedikit air.
aku bantai terus sebab terlalu dahaga.
tak sampai seminit, pandanganku kabur.
berkhayal khayalan yang mengkhayalkan.

***************************************************************



to be continued.
GOODBYE.
stickwithmeforever.




Ekpresiku | Special Buat FMIL
@ 6:16 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )


tubuhmu kecil kurus
tapi tak kering melidi
suaramu halus
tak pernah meninggi
riak wajahmu tenang
tak bosan mengukir senyuman.

punyai anak enam semuanya
cuma puterinya hanyalah satu
rumah besar
seorang diri yang mengurus.

usia semakin meningkat
tulang semakin kurang kuat
berdoa meminta berkat
supaya hidup selesa dan selamat.

suatu hari nanti
jika Tuhan jelmakan kekayaan
ke atas diriku dan juga si dia
akan kubelikan engkau
barang kemas mahal mahal
baju mahal mahal
tudung mahal mahal
handbag mahal mahal
heels mahal mahal
handphone mahal mahal.

ingin ke kuala lumpur
ingin ke singapore
ingin ke bandung
ingin ke london
ingin ke mekah
ingin ke bulan
bisa akan ku tunaikan nanti.

engkau bilang saja apa
engkau bilang saja ke mana
engkau bilang saja bila
pasti akan kujadikan kenyataan.

insyaALLAH
semoga Tuuhan kurniakan rezeki
melimpah ruah kepada kita sekeluarga
kekuatan zahir dan batin
untuk meneruskan hidup yang sukar
kesihatan yang tip top 
setiap masa dan waktu.

Amin.

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Songwords | Wonder Woman
Monday, January 21, 2013 @ 9:53 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )


kamu tipu aku lagi
mungkin sudah ke seribu kali
tak tahu kapan akan berakhir
segala penyeksaan ini.

kamu tampar aku lagi
dengan penyakit lamamu
semakin lama aku pun bisa
menjadi benar benar gila

aku bukan wonder woman mu
yang bisa terus menahan

rasa sakit kerna mencintaimu.

hatiku ini bukanlah hati
yang tercipta dari besi dan baja
hatiku ini bisa remuk dan hancur.

kamu paksa aku
menerima cintamu lagi
dengan segala tingkah lakumu
yang membuatku bingung.

kamu tahan aku
dengan logikamu lagi
kau fikir aku akan mencair
dengan rayuanmu.

********************************************************
buat Shazwan ku tersupermahasayang,
aku pasti kau sedang membaca ini.

aku nak kau tahu
aku bisa menjadi wonder woman mu
yang tak pernah sakit 
yang tak pernah remuk
yang tak pernah hancur
selagi kita berdua bernafas 
di udara yang sama.

happy 3rd month, Deng.
manis selamanya
itu doaku
tanpa putus.

InsyaALLAH.

Goodbye.
stickwitmeforever.




Popcorn | MAMA
Saturday, January 19, 2013 @ 11:01 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )





nehi nehi nehi
aku bukan nya nak buat review
jangan perasan
sebab aku memang tak reti.

niat aku hanya satu
nak recommend crita nih 
buat kaki wayang sekalian.

scary mary siot
ngutik, bak kata orang sarawak
meremang bulu roma
terangkat kaki
terselak tudung
sampai terjerit jerit dibuatnya.

so 
sila lah tengok
tak rugi sebelas ringgaumu itu
sebab cerita nih best
lagi syokkk kalau tengok dengan boipren :3
mihmihmihmihmihmihmihhh

nahhhhhh
aku akhiri entry ini dgn a few scenes 
yang aku cilok kat gugel.






sekian
terima kasih.

GOODBYE.
stickwithmeforever.





Ekspresiku | Rindu yang Dirindu
@ 10:27 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

terkenang kembali
seabad sedekad yang lalu
detik dunia hingusan
momen momen manis
mengusik perasaan
mencuit hati.

tiada wang
tiada harta
masalah?
itu tetap ada
alaaaahhhhh
benda kecik.

ahhhhhhhhhh
tersenyum sendiri lagi
persis orang gila
gila dengan si gilaku tersayang
kau teramat gila bagiku
hanya aku yang tahu.

rindu itu
rindu yang kurindu
sekian lama.

rindu sehari tak bersua
tak sama rindu seminggu tak jumpa
rindu seminggu tak jumpa
tak sama rindu sebulan tak tengok muka
berbeza sekali.

rindu seminggu tak jumpa
rindu sebulan tak tengok muka
dua dua aku suka.

engkau tak pernah rasa semua itu kan?
sebab engkau dan dia tak pernah hidup jauh bukan?
bukan cara dan gaya engkau dan dia
rugi.

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Ekspresiku | Dia Adalah Dia
Thursday, January 17, 2013 @ 9:27 AM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

'dia' bijak
'dia' cantik
'dia' baik hati
'dia' manis
'dia' murah hati
'dia' mesra
'dia' kuat
'dia' sopan santun
'dia' lemah lembut
'dia' berani
'dia' bergaya
'dia' kreatif
'dia' positif
'dia' penyabar
'dia' penyayang
'dia' hebat.

'dia' pandai menulis
'dia' pandai melukis
'dia' pandai berpuisi sajak
'dia' pandai berenang
'dia' pandai memasak
'dia' pandai menjahit
'dia' pandai mencipta
'dia' pandai makeup sendiri
'dia' pandai menyanyi
'dia' pandai bermain gitar
'dia' pandai bermain keyboard
'dia' pandai bermain bola.

'dia' tak kurus
'dia' tak gemuk
'dia' tak tinggi
'dia' tak pendek.

'dia' itu adalah dia.

ramai 'orang' suka
ramai 'orang' sayang
ramai 'orang' kasih
ramai 'orang' cinta
ramai 'orang' puji
ramai 'orang' puja
ramai 'orang' tak benci
ramai 'orang' tak sakit hati
ramai 'orang' cemburu.

'orang' itu adalah aku.

GOODBYE.
stickwithmeforever.




Work | Bertahanlah
Monday, January 14, 2013 @ 8:33 AM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

Ada lelah di sini 
itu pasti.

tetapi 
tetap berada di sini 
itu adalah satu pilihan bukan?

semoga aku tetap di sini
entah hingga hari apa nanti.

berdoalah
aku akan tetap di sini.

GOODBYE.




Ekspresiku | Janji Tuhan
Sunday, January 13, 2013 @ 10:16 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

Tuhan tak pernah janjikan 
langit selalu biru
jalan hidup tanpa berbatu
matahari tanpa hujan
kebahagiaan tanpa kesedihan
sukses tanpa perjuangan.

tapi Tuhan menjanjikan
kemudahan bersama kesulitan
rahmat dalam ujian
ganjaran buat kesabaran
keteguhan dalam perjuangan.

bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan 
setelah turunnya hujan?

GOODBYE.




Songwords | Kasih-MU
@ 9:58 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

kasih-MU bagai air mengalir
salju dalam jiwa nan resah
hati yang layu kembali lah mekar
bila nama-MU kusebut sebut.

tak terungkap kasihku pada-MU
dalam suka mahupun duka
tiada tandingan cinta-MU di dunia
unggul, kekal selamanya.

dari terbit mentari hingga dasar laut
sebesarnya alam, sezarah kuman
namun tak tertanding kuasa-MU, kasih
jatuhku, bangunku kau tetap di sisi.

sungguhnya, aku yang berdosa
sehina hinaku rendah diri
biarpun terpalit juta noda
masih ada ruang keampunan.

GOODBYE.




Diary | Stronger
Saturday, January 12, 2013 @ 12:05 AM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

hati teramat letih
pantas penat merintih
usah berduka bersedih
pasti berakhir episod pedih.

ketika masalah datang
Tuhan tidak meminta kita
memikirkan jalan keluar
sehingga penat
apa yang Tuhan mahu
agar kita bersabar dan solat.

nikmatilah
patah dan retaknya
kelak pasti bertambah kuat.

GOODBYE.




Ekspresiku | Perasaan & Tangisan
Friday, January 11, 2013 @ 1:20 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

duhai urusan perasaan

ketika seseorang berhenti menangis kerananya
maka beberapa saat kemudian 
tentu sahaja airmatanya akan kering di pipi
esaknya akan hilang disenyap
seperti tidak ada lagi sisa tangisnya di wajah
tetapi tangisan itu tetap tertinggal di hati.

kesedihan
rasa sakit
kesendirian
beban yang membekas.

boleh jadi sebentar
boleh jadi selamanya.

bukankah demikian?

GOODBYE.




Karya | Perihal Kamu & Mereka
@ 12:38 AM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

jika kamu tak berbagi
siapa yang akan memberi?

jika kamu hanya sendiri
lalu siapa yang akan mengerti?

lalu sekarang semuanya pergi
tinggal kamu yang menepi.

dan kini kamu berdiri 
tanpa mereka di sisi
lalu bisa apa kamu?

kerana hidup itu
harus bersama mereka
agar kamu lebih bermakna

kerana mereka juga 
akan selalu ada buat kamu
kalau kamu bisa
menjadi sesuatu buat mereka.

GOODBYE.




Diary | Nota Galaksi :P
Thursday, January 10, 2013 @ 11:38 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )


tajuk.tak.boleh.blah.hahahahaha.

dia asyik cakap nak beli galaxy note
yang paling besar
dari tahun lepas aku dengar
beribu ribu lemon kalinya.

hebat sungguh dugaan Tuhan
datang daripada bermacam variasi
tatkala jiwa gembira bukan kepalang
melihat poket menebal.

tapi
hajat
masih 
lagi
tidak 
kesampaian.

kerana perlu dikongsikan
ke tempat yang lebih afdal
untuk mereka mereka yang tersayang
untuk mereka mereka yang perlu.

eh eh eh apa yang aku mengarut nih!

hari tu aku beli spec baru kat Hopoh
and then amoi tu kasi coupon lucky draw
gila banyak, lebih 20 keping kot.


the prizes really caught my eyes @_@' y'know!
it's a galaxy note baby!!!
**walaupun bukan yg 10.1 tu**
terus teringat kat dia
harus aku menyibuk join this contest
wajib!

cuba jangan tak cuba
tuah cikens nampak di kaki
tuah azzy nampak di tuuuuttt tuuuuttt
HAHA!

mana tahu ada rezeki
tersangkut satu galaxy note
kalau dapat seketul viva lagi lah cun, nyot!
jual, duit boleh buat kawen terus
so tamatlah riwayat 
si teruna dan dara 
mihmihmihmihmihh (:

i just wanna make him happier
tak nak bagi susah lagi
so
wish me luck people!

GOODBYE.






Mi Amor | Tak Suka
Wednesday, January 9, 2013 @ 9:04 AM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

" aku tak suka orang yang membazir. 
so aku benci kat kau "


ayat standard
bila tersisa nasi di pinggan
bukan sengaja
memang betul betul dah tak larat
biasalah 
comel sangat tangki kat perut nih
eheks.

" aku tak suka orang yang malas solat "


hokay hokay
aku mengaku
memang aku selalu lewatkan solat
dahulukan yang lain, baru solat
itu memang berdosa besar
Tuhan marah.

satu lagi, solat subuh
asyik terbabas jer
eh eh bukan kau pun 2x5 ke?
kantoi
salah aku jugak
tak kejutkan kau.

" aku tak suka orang yang pakai tudung tapi 
nampak leher, dada tak cover "


kau selalu tegur aku
pakai tudung, tapi tudung nipis
singkat 
nampak kulit especially area leher
sebab tu aku jarang pakai tudung putih.

jaga aurat, pesan kau berbillions kali
jangan tunjuk kat orang
simpan elok elok
untuk dia jugak nanti.

hey heyyy
apa yang kau suka kat aku ha?
tak pernah pun kau cakap
pujian kau kat aku maha mahal sekali
berat sungguh mulut kau nak puji aku kan?

tapi tak apa
simpan saja dalam hati
tiba masanya, kau kasi tahu ya?
itu pun kalau sempat.

GOODBYE.




Mi Amor | Promise
Sunday, January 6, 2013 @ 11:03 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )


"sabar okay, sayang. sik lamak lagik turn kita. InsyaALLAH. I know what you feel."

word by word
one by one
penuh ikhlas
but this time
no jokes.

kata kata keramat
terpacul dari mulut kau tadi
di dalam kereta
berdua
stereng kereta menjadi saksi :P

no worries, love
i still can wait 
even for another 10 years more
i will never ever change
insyaALLAH
itu janji aku.

bak kata yuna
"tak mungkin hilang cintaku padamu"
ececehhhhhhh
sila muntah sekarang!

promises made
moga dikabulkan oleh-NYA
aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

GOODBYE.







Mi Amor | Your Clones
Saturday, January 5, 2013 @ 10:09 PM `°•.¸¸.•°` wanna say something? ( 0 )

they always say 

faizal tahir
aiman redza
jehan miskin
iqram dinzly
prince william

bagi aku
satu seorang haram pun tak sama

you are the ONE and only
always and forever
sampai mati

nama pun dah WAN jugak kan?
eheheheheh :3

rindu lah kat kau
lama dah tak jumpa
cissssssss

GOODBYE.




← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →


Layout hand-coded by Rainy Martini.